Wilayah Ekonomi Pantai Timur Pantai_Timur,_Semenanjung_Malaysia

Wilayah Ekonomi Pantai Timur (East Coast Economic Region) atau ECER merupakan wilayah pembangunan ekonomi di Malaysia yang dirasmikan pada hari Selasa, 29 Oktober 2007 oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Program atas inisiatif pemerintah pusat ini merupakan program ekonomi ketiga setelah Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di utara Semenanjung Malaysia yang melibatkan empat negeri iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. ECER melibatkan tiga buah negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan serta daerah Mersing di Johor. Keluasan kawasan yang terlibat adalah 66,736 kilometer persegi atau 51 peratus dari keluasan Semenanjung Malaysia. ECER melibatkan 3.9 juta penduduk.

Pembangunan ECER ini adalah selama 12 tahun dari tahun 2007 sehingga tahun 2020. Syarikat yang terkemuka adalah perusahaan minyak dan gas iaitu Petronas.

Rencana ini rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.